Bagaimana nak buat ‘online business’ yang berjaya?

Susulan daripada ebook 100 cara promosi & tingkatkan traffic web anda, saya ingin menambah dan menyentuh beberapa taktik marketing/business yang berjaya di Internet. Ini adalah kerana sesebuah bisnes perlu melalui 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas bisnes dilaksanakan. Oleh itu mari kita ikuti tips utk mengetahui selok belok online marketing/business yg berjaya…

1. Buat RESEARCH mengenai niche market yang paling menguntungkan
Inilah faktor terpenting sesuatu bisnes itu laris disebabkan faktor niche market yang ada ‘demand & supply’ tepat pada masa dan tempatnya. Kita mesti buat research terlebih dahulu utk menentukan niche market mana yang paling menguntungkan dan kurang persaingan. Contohnya spt jutawan siber Irfan Khairi meletup dgn buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar pada tika itu masih belum ada ‘role model sejati’ anak melayu dalam perniagaan internet. Irfan memanfaatkan potensi niche market mengenai perniagaan internet di malaysia yang mana ada ‘demand’ tetapi kurang supply yang begitu menyakinkan. Irfan mmg beruntung kerana beliau bijak membaca trend pada waktu itu, dan kini telah menjadi pelopor bidang perniagaan internet di negara kita. So yang pentingnya di sini kita kene wat research bisnes yang bebetul ‘menguntungkan’..barulah fungsi ‘marketing’ boleh berjaya dengan hukum asas demand & supply dipenuhi. Konklusinya kita kene cari business yg ada demand/hungry niche market dan jgn terperangkap dgn utopia bisnes syok sendiri semata-mata.

2. Buat SWOT Analysis
Semasa saya mengaji di UM dulu lecturer slalu mengingatkan ttg kaedah SWOT analysis di dalam perancangan strategik (strategic planning) yg dipraktikkan di mana² corporate company di seluruh dunia. Dengan kaedah SWOT ini kita dapat memperhalusi niche market yg sesuai serta menentukan dengan lebih strategik bisnes mana yang sesuai dilaksanakan. SWOT terdiri daripada 4 elemen iaitu Strenght + Weaknesses + Opportunities + Threat

Contohnya seperti Ali mempunyai skills/kekuatan (Strenght) di dalam graphic design dan boleh buat menghasilkan karya yang cantik di dalam waktu singkat. Bisnes graphic design yg dia leh wat merangkumi web design, logo design, flash design, 3D etc. Mmg banyak portfolio design dia wat dan amat memuaskan hati client terutamanya di tempat belajarnya di cosmopoint, syarikat printing yang JV dgnnya serta lain² yg direkemen oleh client yg pernah mendapat service dgnnya.. itu adalah kekuatan atau Strenght dalam niche market/business yang boleh diceburi Ali.

Namun Ali mempunyai kelemahan (Weaknesses) iaitu tiada pengetahuan dlm bab marketing dan masih bergantung kepada org tgh untuk promosi dan marketing perkhidmatan graphic design. Oleh itu byk sebahagian keuntungan terpaksa dikongsi mengikut percent dgn org tgh seterusnya mengurangkan margin keuntungan. Itu merupakan salah satu weaknesses yg ada pada Ali.

Walau bagaimanapun Ali ada peluang (Opportunities) utk belajar buat marketing sendiri dengan ebook dan tutorial di rahsiaebiz.com sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kpd org tengah. Apabila Ali dapat memanfaatkan peluang belajar di web tersebut maka ia dapat menambah ilmu di samping meningkatkan margin keuntungan dari masa ke semasa.

 

Di mana² bisnes pun ada ancaman (Threat) atau cabaran yg terpaksa ditempuhi. Antaranya ialah ancaman daripada pesaing yg menawarkan harga yg lebih murah daripada perkhidmatan web design Ali. Namun Ali boleh mempraktikkan apa yg dipelajari daripada ebook/tutorial di web rahsiaebiz dengan menggunakan taktik USP (Unique selling proposition). Ali akan ‘fight’ setiap ancaman dengan berbekalkan peluang ilmu pengetahuan yang dipelajarinya.

 

Dgn semua inilah SWOT dapat memberikan kita gambaran yg lebih jelas ttg bagaimana nak mencapai matlamat di dalam bisnes atau niche market. Jika mahu berjaya maka kita perlu tahu teknik dan strategi yg berkesan. Sbb itu setiap org perlu berbeza niche marketnya supaya dapat memanfaatkan setiap Strenght & Opportunities dgn lebih sempurna. So buatlah analisis SWOT anda skrg, pastikan niche market anda adalah ideal utk diri anda…..

 

3. Buat iklan, web atau medium business yang berkesan
Bila dah bertemu dgn niche market yg ideal so tibalah masanya buat web atau iklan yang sesuai. Misalnya wat web yg ada salescopy yang cukup ghairah (meng’ayat’) para prospek dgn pelbagai benefits atau offer yang tersangat menarik di samping content yang tersusun sempurna. Selain itu perlu ciri2 web yang praktikal spt autoresponder, affiliate, opt in list, tell a friend script, social networking/bookmarking, rss, seo friendly dsbnya. Buat web tak perlu canggih manggih sangat dgn pelbagai animation 3D, flash, creative heavy tak ingat dunia sampai lembab loading. Apa yg kita perlu fikir ialah utk memudahkan pengguna mencapai maklumat, content dan offer kita di dalam web yang clear dan easy. Ada produk, ada offer, ada benefits, ada testimonial, ada money back guarantee, order form, multiple bonus dll yg melengkapkan sebuah web yg menyakinkan pengguna.

 

Kita dah ada web bisnes, so langkah seterusnya ialah marketing (promosi)… bcoz without marketing ur business will die soon….

 

4. Promosi yang berterusan
Bab promosi ni anda boleh study ebook 100 cara promosi & tingkatkan traffic web anda, yg penting agenda promosi dan marketing kene buat berterusan. Tak kiralah berapa cara promosi pun tapi pastikan anda mengkaji ROI (return on investment).. iaitu cara utk mengetahui marketing/promosi mana yang paling berbaloi dilaksanakan dgn melalui kaedah cuba-cuba. Sbg contoh kalo promosi di utusan.com.my boleh mendatangkan banyak jualan/keuntungan berbanding iklan di tempat lain, maka ROI adalah tinggi dan teramat sesuai utk fokus lebih di situ. Kalo ada method lain maka anda kene lihat keberhasilannya, kalo berbaloi maka teruskan agenda promosi di situ dgn lebih agresif.

 

5. Evaluation & Improvement (penilaian & penambahbaikan)
Sesuatu bisnes perlu melalui proses kematangannya, dan semasa dalam proses itu kita perlu menilai bisnes kita sama ada berkesan atau tidak. Jika ada web kita boleh monitor dan menilai statistik dgn menggunakan google Analytics bagi saya antara software free yg paling hebat setakat ini dalam monitor apa yg berlaku pada web kita dari segi performance, hits, dari mana pengunjung datang, guna browser apa, keyword yg paling sesuai dgn web kita dan sebagainya… Dengan maklumat² ini kita akan membuat penambahbaikan pada web dan medium bisnes utk menghasilkan pulangan yg lebih baik…

Selain itu kita perlu buat feedback form utk memudahkan pengunjung beri cadangan/makluman utk kebaikan bisnes. Jgn rasa skeptikal terhadap komen/kritikan mereka sebaliknya pandang dari sudut positif. Ia sebenarnya ada hikmah kebaikan yg tersembunyi.. Sentiasalah buat penambahbaikan terhadap bisnes anda dari masa ke semasa. Pastikan anda peka dengan trend terbaru dan implement teknik² yang lebih efisien dan berkesan. Sekiranya ada masa kajilah lebih mendalam ttg upselling dan backend selling. ia juga memberi manfaat kepada bisnes kita.

All da best and good luck,
Code7 aka Fahmy
Webmaster Softhands Creative Studio

About these ads

One response to “Bagaimana nak buat ‘online business’ yang berjaya?

  1. Saya setuju dengan step yang diberikan. Ada orang terlalu ghairah utk memulakan perniagaan internet sehingga terlupa utk membuat reserach key word utk niche yang sedang atau bakal meletup. Buat website dan terus promosi, akhirnya kurang visiot ke site. At last, kita give up. Elemen yang penting adalah branding diri dan website kita. Bila ada trust, maka sale akan terjadi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s