Konsep Pembiayaan Peribadi-i

Rata-rata pembiayaan peribadi secara Islam (personal financing-i) yang disediakan oleh bank-bank di Malaysia menggunakan konsep ‘Bai’ Al-Inah’, yang juga digelar oleh orang ramai “pinjaman secara Islam”.Untuk memahami konsep sebenar ‘Bai’ Al-Inah’ ini, ia adalah lebih kepada proses jual beli, di mana; Bank menjual aset/harta kepunyaannya kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian, Bank akan membeli semula harta berkenaan daripada pelanggan dengan harga tunai.

Untuk gambaran contoh yang mudah dan jelas, katakan ada dua orang, Ahmad dan Bakar.

1. Ahmad ada sehelai baju. Ahmad menjual baju itu kepada Bakar dengan harga RM 20, dengan cara harga tangguh, iaitu Bakar akan bayar kemudian.

2. Sejurus sahaja selepas tu, Bakar menjual balik baju tu kepada Ahmad dengan harga RM 10, dengan cara tunai. Ahmad membayar terus kepada Bakar RM 10.

3. Dan Bakar masih berhutang RM 20 dengan Ahmad, dan Bakar akan membayarnya beransur2.

Dalam contoh di atas, Ahmad = Bank, dan Bakar = Pelanggan. Dan baju = aset kepunyaan bank, seperti tanah, rumah dan sebagainya.

Prinsip ini diterima pakai di Malaysia, menurut mazhab Syafie, kerana sempurnanya syarat untuk aqad kontrak yang sah. Akan tetapi ulama’2 di Timur Tengah (Arab Saudi dll.) tidak menerima konsep ‘Bai’ Al-Inah’ ini kerana di atas hujah tiada jual beli sebenar yang berlaku dan seolah2 helah untuk menghalalkan riba, dan niat asal pelanggan untuk meminjam, bukan hendak berjual beli.

Dan kita sebagai pengguna yang bijak, seelok-eloknya elakkan lah dari berhutang, kecuali di dalam keadaan yang memerlukan seperti menanggung kos perubatan, ataupun menyambung pengajian.

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s