Penghuraian tugas PPTM

SKIM PERKHIDMATAN

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM)

PERINGKAT ORGANISASI

Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

SKOP FUNGSI BIDANG TUGAS

Bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat secara umumnya adalah seperti berikut:

a. membangun aturcara baru dan menyelenggara aturcara sedia ada untuk sesuatu aplikasi sistem maklumat dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna;

b. melaksanakan beberapa aplikasi sistem maklumat dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran IT dalam melaksanakan fungsi tugas jawatan yang disandang; dan

c. membuat analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas serta bertindak sebagai troubleshooter untuk mencapai fungsi sesebuah organisasi.

Bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat boleh dibahagikan kepada dua (2) bidang pengkhususan seperti berikut:

4.2.1 Pembangunan Aplikasi

a. Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi

i. Melaksanakan kerja-kerja membangunkan program, menguji program, menyediakan dokumentasi program, membantu dalam penyediaan spesifikasi program serta
membantu dalam perolehan dan pengujian perisian pembangunan sistem.

ii. Membantu menganalisa keperluan program di sesebuah organisasi. Terlibat di dalam mereka bentuk, pengekodan (coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan di dalam menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan sistem di sesebuah organisasi.

iii. Membantu dalam pengawalan perkakasan, perisian dan jaringan data.

iv. Membantu dalam penyediaan spesifikasi dan urusan perolehan perkakasan/ perisian.

v. Memasang/ menguji perkakasan, perisian dan rangkaian.

b. Pengurusan Pangkalan Data

i. Membantu dalam kerja-kerja membangun, mengurus dan mentadbir keberkesanan pengurusan pangkalan data yang terdapat di sesebuah organisasi.

4.2.2 Sistem Operasi

a. Pengurusan Rangkaian

i. Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan web server, penyokong Local Area Network (LAN) dan penyokong Wide Area Network (WAN), sambungan internet dan intranet di sesebuah organisasi berjalan dengan baik dan lancar.

b. Sistem Operasi

i. Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan operasi server administration, sistem terbuka seperti Linux, Unix OS/2 dan lain-lain berfungsi dengan baik di sesebuah organisasi.

ii. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna serta melapor masalah sistem/ program untuk pembaikan.

c. Multimedia

i. Bertanggungjawab di dalam membantu membangunkan serta mengendalikan laman web sesebuah organisasi supaya dapat berfungsi dengan baik dan lancar.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

One response to “Penghuraian tugas PPTM

  1. Thanks for sharing.. hope this will help on the interview. pheww…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s