Peluang Pelaburan Secara Islam di Malaysia

March 4th, 2007
Apabila menyebut tentang amanah saham, ramai yang hanya membayangkan ASB, ASN, ASW dan lain-lain. Umum ramai yang tidak mengetahui amanah saham berteras syariah yang telah lama wujud di Malaysia sejak tahun 1991 lagi. Sehingga kini, terdapat hampir 100 dana amanah saham Islamik yang ditawarkan oleh lebih 20 syarikat pengendali amanah saham.

Amanah saham berteraskan syariah merupakan salah satu daripada cabang pelaburan secara Islam di Malaysia, yang menawarkan pulangan yang amat kompetitif, berbanding dengan dana amanah saham konvensional. Secara puratanya dana-dana amanah saham Islamik dapat memberikan pulangan dalam lingkungan 10-15% p.a (setahun). Berikut adalah jadual analisis pulangan dana amanah saham (kategori ekuiti Islamik) untuk tempoh 3 tahun (sehingga 31 Disember 2006)*:

TOP 10 PERFORMING FUNDS – 3 YEARS,
CATEGORY EQUITY/SYARIAH

Pelaburan amanah saham ini merupakan pelaburan jangka masa panjang (medium to long term), iaitu sesuai untuk tempoh masa 3 tahun dan ke atas. Majlis Penasihat Syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti bertanggungjawab dalam memantau aktiviti pelaburan dan urusniaga amanah saham Islam ini, agar menepati standard dan piawaian dari segi syariah. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai cara pelaburan ke dalam amanah2 saham Islam ini, boleh berhubung melalui e-mel dengan admin di .

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s