Kenalpasti niche yang menguntungkan

Bagaimana hendak mengenalpasti topik khusus (niche) yang menguntungkan?

Setiap saat akan ada seseorang yang mencari sesuatu topik di internet. Mungkin topik itu berkaitan dengan projek sekolah atau universiti, mungkin juga topik itu berkaitan dengan ‘diet’ kerana orang itu ingin menjadi kurus. Apa-apa pun topik yang dicari, selalunya mereka akan mencarinya di enjin carian seperti:

Yahoo Search

Google Search

MSN Search

…dan lain-lain lagi.

Topik khusus atau Niche yang menguntungkan adalah topik yang selalu dicari di enjin carian (high demand) dan akan mengenakan keputusan carian (search results) yang sederhana banyak, rendah atau tidak ada lagi.

Adakah terdapat software untuk mencari topik atau kata kunci (keywords) yang sesuai?

Ya, memang ada di pasaran internet sekarang ini. Tapi keputusan yang dicari melalui software atau perisian tersebut mestilah tepat dan berkesan. Diantara pengkaji dan penganalisa kata kunci (keyword research & analysis tool) yang baik ialah Wordtracker, NicheBot dan NicheBrowser.

Spesifikasi Pengkaji dan Penganalisa Keyword:

1.) Mengumpul database kata kunci (keywords and terms) yang dicari oleh pengguna internet. Ia akan memberitahu berapa ramai orang yang mencari topik tersebut, dan apakah website saingan (competing websites) yang mempunyai topik tersebut.

2.) Anda boleh mencari pelbagai kombinasi kata kunci (seperti ‘golf’, ‘golf courses’, ‘Malaysian golf courses’.

3.) Anda boleh mengenalpasti betapa popular (demand) sesebuah topik.

4.) Anda akan diberitahu website yang juga mempunyai topik tersebut dan jumlah website di enjin carian (Yahoo, Google, etc) yang mempunyai topik itu.

Ingat:

High Demand (carian topik) DAN Low Supply (website berkaitan topik) = topik yang sangat menguntungkan. Ini kerana ramai yang mencari topik tersebut di enjin carian tetapi website yang menawarkan barangan atau perkhidmatan tersebut adalah kurang. High Demand (carian topik) DAN High Supply (website berkaitan topik) = topik yang 50% menguntungkan dan 50% tidak menguntungkan.

Low Demand (carian topik) DAN Low Supply (website berkaitan topik) = topik yang 50% menguntungkan dan 50% tidak menguntungkan.

Low Demand (carian topik) DAN High Supply (website berkaitan topik) = topik yang TIDAK menguntungkan. Terdapat terlalu banyak website yang menjual barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai pendatang baru, anda tidak mungkin akan menguasai ‘niche’ tersebut kecuali dengan wang modal yang besar melalui pengiklanan di internet, majalah, suratkhabar atau televisyen atau kesemuanya.

Lakukan kajian dan kajian pemasaran (market research) sebelum menerjunkan diri di dalam perniagaan internet!

Tech Tags:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s