FTA: Jaminan kerajaan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan memberi jaminan melindungi kepentingan negara dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri yang dihubungi Bernama hari ini berkata, perkara itu telah dibincang dengan mendalam di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat minggu depan.

“Kerajaan cukup prihatin mengenai fikiran dan kebimbangan rakyat berkaitan perkara ini. Saya ingin memberi keyakinan bahawa kepentingan negara akan sentiasa dilindungi dan tidak sekali-kali dikorbankan,” kata Abdullah.

Beberapa pihak telah menyuarakan kebimbangan bahawa FTA dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan negara itu dalam pelbagai perkara.

Sebanyak 18 perkara dirundingkan dalam FTA dengan Amerika Syarikat, antaranya barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

Kedua-dua negara mengadakan beberapa siri rundingan berkaitan perkara itu dan terakhir di Kota Kinabalu, bulan lalu.

Malaysia mempunyai pendirian bahawa rundingan tersebut tiada had waktu untuk mencapai persetujuan tetapi Amerika Syarikat berharap dapat menyelesaikannya pada Julai ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan wawancara dengan Pengarah Third World Network, Martin Khor yang bimbang Malaysia akan menerima pelbagai kesan buruk jika FTA bersama AS dilaksanakan.

Sambil menyifatkan FTA itu sebagai penjajahan bentuk baru, beliau berkata, antara kesan buruk yang bakal dihadapi negara ialah kenaikan harga ubat sehingga 10 kali ganda, Malaysia akan dibanjiri hasil tanaman AS yang amat murah dan usaha kerajaan membantu usahawan bumiputera akan terjejas.

Selain Martin Khor, sebahagian besar rakyat Malaysia juga menentang pelaksanaan FTA dengan AS kerana ia akan merugikan negara dan menyebabkan rakyat menderita.

Dalam Forum Khas yang disiarkan Utusan Malaysia, rakyat berpendapat, FTA tidak lebih daripada cubaan AS untuk memanipulasi dan mengawal ekonomi negara atas nama perjanjian bebas.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s