1 bilion lagi unit ASW — PNB juga umum tambahan 800 juta unit ASM dijual Isnin ini

Oleh Daliza AriffinKUALA LUMPUR 8 Mac – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan peningkatan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak 800 juta unit dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) sebanyak satu bilion unit lagi yang akan mula dijual 12 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, penjualan kedua-dua unit amanah berharga tetap RM1 seunit itu akan dilakukan serentak mulai pukul 9.30 pagi hari pelancarannya di kaunter utama dan pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) serta lebih 1,400 ejennya di seluruh negara.

Pelancaran unit tambahan itu akan menyediakan peluang kepada orang ramai yang berusia enam tahun ke atas melabur, kata beliau pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, 51 peratus daripada unit amanah ASW itu diperuntukkan kepada bumiputera manakala bakinya bukan bumiputera. Bagaimanapun, bagi ASM, tiada sebarang had.

Namun, pembelian kedua-dua produk saham amanah itu dihadkan kepada pelaburan maksimum 50,000 unit bagi setiap pemegang akaun.

“Tawaran had pelaburan maksimum itu hanya terbuka dalam tempoh dua minggu antara 12 Mac hingga 26 Mac ini. Selepas itu, tiada had pelaburan maksimum, tertakluk kepada baki unit yang masih ada,” katanya.

ASM dilancarkan pada April 2000 dengan dana permulaan dua bilion unit dan ia meningkat dua kali sejak pelancaran pertamanya. Setakat 6 Mac, saiz dana ASM 4.2 bilion unit.

Pelancaran satu bilion unit ASM pada April tahun lalu mencipta sejarah apabila kesemua unit dibeli dalam masa sejam 45 minit sahaja.

ASM ialah dana keenam dilancarkan oleh PNB dan kedua selepas ASW yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

ASW, dana PNB pertama dibuka kepada semua rakyat Malaysia pada 1996 dengan saiz dana permulaan 3 bilion unit. Satu bilion lagi unit tambahan telah dibeli sepenuhnya dalam tempoh kurang sejam.

PNB, firma pelaburan terbesar di Malaysia, kini menguruskan dana bernilai RM100 bilion.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s