Rundingan FTA diterus hingga capai kata sepakat

Oleh: HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 18 Mac – Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan sehingga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai isu-isu yang diketengahkan tanpa terikat kepada sebarang had masa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia tidak terikat kepada sebarang tempoh masa untuk membuat keputusan mengenai perjanjian berkenaan.

‘‘Pendirian kita ialah rundingan ini diteruskan sehingga sampai satu masa kita ada kata sepakat antara Malaysia dan AS. Kita tidak akan terikat pada (mana-mana) tempoh masa,” katanya selepas melancarkan program Setiap Anak Permata Negara di Studio 1, Angkasapuri di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Steve Norton, jurucakap kepada Wakil Perdagangan AS, Susan Schwab semalam yang menolak kemungkinan perjanjian FTA antara negara itu dan Malaysia dapat dicapai sebelum luputnya tarikh akhir dalam tempoh dua minggu lagi.

Norton berkata, pada masa ini Kabinet Malaysia masih terikat dengan perbahasan mengenai beberapa peruntukan penting perjanjian itu termasuk peraturan mengenai pemerolehan kerajaan.

Sejumlah 18 isu dirundingkan dalam FTA termasuk mengenai barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur-prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

Najib berkata, pendirian Malaysia mengenai isu FTA telah pun disampaikan kepada kerajaan AS oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun menolak andaian bahawa kerajaan menerima tekanan daripada AS untuk menyelesaikan segera perundingan berkenaan.

Sementara itu, Rafidah berkata, Malaysia tidak terikat dengan sebarang sekatan dari segi tempoh masa dalam memeterai FTA dengan AS.

Menurutnya, rundingan dengan AS masih diteruskan sehingga persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak.

‘‘Kita jelas tidak ada sebarang sekatan dari segi masa. Kita masih berunding dengan AS sehingga satu masa kita bersedia untuk menandatangani perjanjian itu.

‘‘Walaupun ia memakan masa bertahun-tahun (lamanya) kita tidak akan berhenti daripada berunding,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Antara Agensi MITI di Kompleks Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s