Pelaburan Simpanan KWSP

Simpanan KWSP anda menghasilkan dividen yang diperolehi dari aktiviti pelaburan KWSP. Pelaburan KWSP adalah bersifat konservatif untuk melindungi simpanan ahli daripada pasaran yang tidak stabil.

Bagaimanapun, KWSP membenarkan ahli yang layak untuk membuat pelaburan mereka sendiri menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP mereka untuk pulangan yang lebih tinggi. Risiko untuk pelaburan seumpama ini adalah lebih tinggi dan ahli mestilah menanggung risiko ini. Ketahui lebih banyak berkaitan skim pelaburan KWSP.

Panduan Pelaburan

Dalam membuat keputusan untuk memanafaatkan Pengeluaran Pelaburan KWSP, anda perlu tahu bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda dengan pengurus dana. KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk menggantirugi sebarang kerugian daripada pelaburan yang dibuat.

Oleh yang demikian, anda perlu membuat keputusan dengan bijak terutamanya dalam memilih unit amanah yang mana untuk anda melabur. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko (berkemungkinan kerugian), adalah lebih baik untuk anda membiarkan sahaja wang anda di dalam KWSP.

Di bawah pengeluaran ini, anda tidak dibenarkan untuk memperoleh syer secara langsung daripada pasaran saham. Semua pelaburan mestilah dibuat melalui pengurus dana yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. Anda boleh memilih dari mana-mana pengurus dana yang diluluskan. Senarai terbaru pengurus dana yang diluluskan boleh didapati dari mana-mana pejabat KWSP.

Apabila permohonan ahli telah diproses, KWSP akan memindahkan jumlah simpanan yang dilaburkan terus kepada pengurus dana yang bertanggungjawab dalam tempoh 14 hari selepas permohonan diterima oleh KWSP. Semua risiko pelaburan juga dipindahkan kepada anda secara automatik.

Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada adanya baki yang ditetapkan di dalam Akaun I (haruslah melebihi RM55,000).

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM55,000.00 dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

  • Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;
  • Warganegara Malaysia; atau
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
  • Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi RM50,000.00 di dalam Akaun I.

Kekerapan Pengeluaran
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun I (haruslah melebihi RM55,000).

Lain-Lain
Sekiranya terdapat perbezaan butiran rekod, anda boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebagai dokumen sokongan:

  • Sijil Kelahiran jika tarikh lahir berbeza dengan Kad Pengenalan (asal dan salinan); dan
  • Surat Pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:

  • Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8732 6000
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s