Selamat Tahun Baru!

Image Hosting by Picoodle.com

Apa khabar semua? sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung tahun 2007. Begitu cepat masa berlalu, seiring dengan usia kita yang semakin meningkat. Tahun 2007 telah merakamkan pelbagai kisah suka dan duka, manis dan pahit. Daripada pengalaman itu, kita kini sudah semakin matang baik daripada segi pemikiran mahu pun tindakan.

Seperti mana biasa, setiap kali berada di penghujung tahun kita akan cuba untuk mengukir dan merancang azam yang akan direalisasikan pada tahun depan. Sesetengah orang masih berusaha untuk mencapai azam yang belum disempat dilaksanakan pada tahun ini. Apa pun disini, paling penting sekurang-kurangnya kita punya azam dan matlamat untuk difokuskan. Tahun 2008 menjanjikan cabaran yang lebih besar dan berat, oleh itu persiapan dan perancangan yang teliti amatlah perlu. Saya sendiri dalam usaha memantapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi arus gelombang 2008, saya pasti anda juga begitu. InsyaAllah, mulai tahun depan saya akan cuba memantapkan lagi blog ini dengan isi dan infomasi yang menarik. Harapan saya agar anda memberi sokongan dan respon yang berterusan kepada saya, dan saya doakan semoga tahun 2008 menjadi tahun yang begitu bermakna untuk diri anda. Terima kasih!

– Mohd Hafez

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s